Monday, June 27, 2011

Dari lahirnya hinggalah 7 tahunnya.....



 1. Suami berada disamping isteri ketika saat-saat isteri hendak bersalin.
alangkah gelisahnya dan kritikalnya saat2 akan melahirkan anak lebih2 lagi bagi ibu yg buat pertama kalinya akan melahirkan anak. suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, disamping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat di samping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

2. Azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan ditelinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat  didengar oleh seorang bayi ialah kalimah Allah.

3. Membaca surah Al-Qadar dan surah Al-Ikhlas
suami hendaklah membanyakkan bacaan surah al-qadar di telinga kanan dan surah al-ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan penzinaan dan memohon supaya dikuatkan iman jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan ahlus sunnah wal jamaah

4. Membaca surah Al-Insyirah di jari manis dan ditahnikkan
Suami hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan madu dan ditekankan (tahnikkan) di langit2 bayi tersebut dengan membaca ayat 36 surah ali imran.

5. Melaksanakan tuntutan sempena hari ketujuh
- Memberikan nama yang baik
- Membaca doa ketika memberikan nama : Ya Allah wahai tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini
  memberi keberkatan kepadanya pandukan segala usahanya ke arah keredhaanmu, jadikan menuntut ilmu 
  sebagai matlamatnya dan akhirkan hidunya dengan amal2 soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah 
  usianya dalam ketaatan kepadamu dan kepada rasulmu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat
  walafiat. Ya Allah jadikanlah ia pemimpn di waktu dewasa teguhkan imannya sepertimana iman para 
   nabimu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan 
   kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatmu ya Allah yang maha pengasih.

    - Mengaqiqahkan anak
    - Bercukur rambut
    - Mengkhatankan anak

6. Menyusukan anak
setiap tegukan dari susu ibu Allah memberi pahala satu kebaikan. Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

1 comment:

  1. comel sgt....tgk baby tdo rase aman je kite kan kak....semoga zuriat kite membesar menjadi insan yg berguna...insyaallah...

    ReplyDelete